PENGENALAN
² Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk
perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan
Malaysia Kedua.
² Matlamat utamanya ialah perpaduan negara
selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi
yang wujud di negara ini.
² Menyedari hakikat bahawa pengagihan
ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu,
serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk
bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki
keadaan ini.
² Ketegangan antara golongan yang berharta
dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan.
² Didapati bahawa orang Melayu lebih
banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain.
² Didapati juga orang Melayu masih jauh
ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia
mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program
jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970
hingga tahun 1990.
² Bagi memastikan
matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki
keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut
fungsi-fungsi ekonomi.
² Berasaskan pada
ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program
seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan,
pengangkutan dan pertanian.
l Bagi menjayakan
matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang,
antaranya :
ü Mengurangkan keadaan
yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya
penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga
buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;
ü Mempastikan
pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang
Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya
30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.
ü Menambah dengan
cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif.
ü Perhatian khusus
akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan
dengan kaum-kaum lain.
ü Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah
menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan
kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.
No comments:
Post a Comment