DASAR EKONOMI BARU (DEB)
RANGKA
RANCANGAN JANGKA PANJANG (RRJP) DAN RANCANGAN MALAYSIA
- Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP), 1971 - 90, menggariskan rangka sosio-ekonomi yang menyeluruh nagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).
- Selain daripada menentukan matlamat utama mengenai pertumbunhan ekonomi dan pengagihan, RRJP juga menggariskan dasar, strategi dan program bagi mencapai matlamat tersebut.
- Bagi Rancangan Malaysia(RM) pula, RM merupakan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan daripada zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama, iaitu dari tahun 1956 hingga 1960.
- Selepas itu disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965. Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah ditukar kepada Rancangan Malaysia denganRancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970.
- Bezanya ialah perancangan ekonomi sebelum tertubuhnya Malaysia, tumpuan untuk kali ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
No comments:
Post a Comment