dASaR – DASAR KERAJAAN
Definisi Dasar.
Elemen penting dalam sistem
pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara :
- Rangka asas atau tapak dalam pelaksanaan
rancangan kerajaan.
- Berbentuk pelan tindakan bagi
mencapai objektif untuk kepentingan masyarakat dan negara.
- Dasar Pembangunan Ekonomi.
(a) Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP), 1971 - 90, menggariskan rangka
sosio-ekonomi yang menyeluruh nagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).
(b) Selain daripada menentukan matlamat utama mengenai pertumbunhan ekonomi
dan pengagihan, RRJP juga menggariskan dasar, strategi dan program bagi
mencapai matlamat tersebut.
(c) Bagi Rancangan Malaysia(RM) pula, RM merupakan lima tahun pembangunan
kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan
daripada zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.
Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama, iaitu dari tahun
1956 hingga 1960.
(d) Selepas itu disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961
hingga 1965. Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun
ini telah ditukar kepada Rancangan Malaysia denganRancangan Malaysia Pertama
bermula pada tahun 1966 hingga 1970.
(e) Bezanya ia;ah perancangan ekonomi sebelum tertubuhnya Malaysia, tumpuan
untuk kali ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan
Sarawak.
Menekankan
kepada perancangan negara dalam aspek-aspek dan pembangunan pertanian, ekonomi
dan sebagainya.
Contohnya :
Ø Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1).
Ø Rangka Rancangan Jangka Panjang
Kedua (RRPJ2).
1) Dasar Ekonomi Baru
(DEB).
2) Dasar Pembangunan
Nasional (DPN).
3) Pelan Induk
Perindustrian (PIP).
Ø Bertujuan meningkatkan taraf
hidup masyarakat dan mengurangkan lagi jurang perbezaan antara kaum, wilayah
dan negeri agar intergrasi nasional dapat dicapai.
Ø Menitikberatkan isu-isu seperti
perkembangan sahsiah diri untuk kepentingan organisasi, masyarakat dan negara.
Ø Contoh beberapa dasar pembangunan
negara yang telah dilaksanakan oleh kerajaan ialah :
4) Wawasan 2020.
5) Penerapan nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran negara.
6) Dasar Pandang ke Timur.
7) Dasar Penswastaan.
8) Dasar Pertanian Negara.
Ø Dasar-Dasar yang Telah
Dilaksanakan.
- Pertama - Dasar Pendidikan
Negara.
9) Dasar Pendidikan (Pelajaran)
Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956.
10) Disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan
Rahman Talib.
Ø Strategi Pelaksanaan :
11) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama.
12) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.
13) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun.
- Kedua - Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
14) Dilancarkan pada 1971.
15) Menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujudkan dan
mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.
16) Dasar kebudayaan kebangsaan berlandaskan unsur-unsur dan
tiga prinsip iaitu kebudayaan rakyat asal rantau, penerimaan unsur-unsur
kebudayaan lain dan Islam menjadi unsur utama dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan.
17)Secara rasminya diisytiharkan sebagai ideologi negara
pada 31 Ogos 1971.
18) Rentetan daripada peristiwa 13 Mei 1969.
Ø Prinsip-Prinsip Rukun Negara :
19) Kepercayaan Kepada Tuhan.
20) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.
21) Keluhuran Perlembagaan.
22) Kedaulatan Undang-Undang.
23) Kesopanan dan Kesusilaan.
- Keempat - Dasar Ekonomi Baru.
24) Dilaksanakan bagi tempoh 1971 -
1990 yang merupakan satu rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara
dalam konteks masyarakat pelbagai kaum.
25) DEB dicetuskan akibat daripada
peristiwa 13 Mei 1969.
26) Merapatkan jurang dan membasmi kemiskinan.
27) Menyusun semula masyarakat.
- Kelima - Dasar Pandang Ke Timur.
28) Diperkenalkan oleh kerajaan pada 8 Februari 1982.
29) Dilaksanakan agar dapat menerapkan nlai-nilai dan amalan
kerja yang positif dari negara Jepun dan Korea Selatan yang telah diubahsuai
sejajar dengan keperluan negara.
- Keenam - Dasar Pertanian Negara.
30) Digubal berdasarkan rasional bahawa sumbangan sektor
pertanian kepada ekonomi negara semakin menurun.
Ø Objektifnya ialah memaksimumkan
pendapatan sektor pertanian.
- Ketujuh - Dasar Penswastaan.
31) Konsep penswastaan bermaksud pemindahan kepentingan atau
pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.
32) Ia melibatkan perpindahan kuasa kawalan, kepentingan dan
pelaburan kerajaan tertumpu kepada sektor swasta.
33) Tujuan utama dasar ini adalah untuk mengurangkan beban
kewangan dan pentadbiran kerajaan.
- Kelapan - Dasar Penerapan
Nilan-Nilai Islam.
34) Bermatlamatkan untuk membentuk sebuah masyarakat Malaysia
yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain,
menghapuskan sikap negatif dalam menjalankan tugas dan untuk menghasilkan
perkhidmatan yang bermutu