Sunday, 9 August 2015


DIPLOMA IN CIVIL ENGINEERING
DKA1C

TAJUK: PEMBANGUNAN NEGARA
SESI JUN 2015
NAMA
NO MATRIK
NURUL AIN BT HIDMAN
02DKA15F1039
NOR’AINNA SHAQINA BT NOOR AZMAN
02DKA15F1095
NURNAJIHAH BT HAFIZAL
02DKA15F1099
INTAN NABILAH BT ROSLI
02DKA15F1011
NUR MAIZATUL AISYAH BT ISMAIL
02DKA15F1019
FARZANAH SYUHADA BT FIRDAUS
02DKA15F1132

NAMA PENSYARAH : RINA FAKHIZAN


PENDAHULUAN




Kami dari kelas DKA1C mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa pihak yang telah membantu saya semasa saya membuat e-folio. Saya juga ingin merakam setinggi – tinggi terima kasih kepada pensyarah Pengajian Malaysia, PN.RINA FAKHIZAN yang telah meluangkan masanya memberikan tunjuk ajar dan membimbing kepada saya dengan begitu dedikasi. Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan yang telah memberi kerjasama yang erat. Akhir sekali,ucapan ribuan terima kasih kami tujukan kepada semua pihak yang menolong kami. Bantuan yang diberi oleh mereka tidak ternilai harganya dan kami menghargai selama-lamanya.
PENGENALAN
²  Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua.
²  Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini.
²  Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.
²  Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan.  
²  Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain.
²  Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990.
²   Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
²  Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian.

l  Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya :
ü Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;
ü Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.
ü Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor  produktif.
ü Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain.
ü Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.
DASAR EKONOMI BARU (DEB)

RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG (RRJP) DAN RANCANGAN MALAYSIA




  • Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP), 1971 - 90, menggariskan rangka sosio-ekonomi yang menyeluruh nagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).
  • Selain daripada menentukan matlamat utama mengenai pertumbunhan ekonomi dan pengagihan, RRJP juga menggariskan dasar, strategi dan program bagi mencapai matlamat tersebut.
  • Bagi Rancangan Malaysia(RM) pula, RM merupakan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan daripada zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama, iaitu dari tahun 1956 hingga 1960.
  • Selepas itu disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965. Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah ditukar kepada Rancangan Malaysia denganRancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970.
  • Bezanya ialah perancangan ekonomi sebelum tertubuhnya Malaysia, tumpuan untuk kali ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

dASaR – DASAR KERAJAAN 

 Definisi Dasar.

Elemen penting dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara :

  • Rangka asas atau tapak dalam pelaksanaan rancangan kerajaan.
  • Berbentuk pelan tindakan bagi mencapai objektif untuk kepentingan masyarakat dan negara.
  • Dasar Pembangunan Ekonomi.
(a) Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP), 1971 - 90, menggariskan rangka sosio-ekonomi yang menyeluruh nagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).
(b) Selain daripada menentukan matlamat utama mengenai pertumbunhan ekonomi dan pengagihan, RRJP juga menggariskan dasar, strategi dan program bagi mencapai matlamat tersebut.
(c) Bagi Rancangan Malaysia(RM) pula, RM merupakan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan daripada zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama, iaitu dari tahun 1956 hingga 1960.
(d) Selepas itu disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965. Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah ditukar kepada Rancangan Malaysia denganRancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970.
(e) Bezanya ia;ah perancangan ekonomi sebelum tertubuhnya Malaysia, tumpuan untuk kali ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Menekankan kepada perancangan negara dalam aspek-aspek dan pembangunan pertanian, ekonomi dan sebagainya.

 Contohnya :
Ø   Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1).
Ø  Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRPJ2).
1)  Dasar Ekonomi Baru (DEB).
2)  Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
3)  Pelan Induk Perindustrian (PIP).
Ø  Bertujuan meningkatkan taraf hidup masyarakat dan mengurangkan lagi jurang perbezaan antara kaum, wilayah dan negeri agar intergrasi nasional dapat dicapai.
Ø  Menitikberatkan isu-isu seperti perkembangan sahsiah diri untuk kepentingan organisasi, masyarakat dan negara.
Ø  Contoh beberapa dasar pembangunan negara yang telah dilaksanakan oleh kerajaan ialah :
 
4) Wawasan 2020.
5)  Penerapan nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran negara. 
6)     Dasar Pandang ke Timur.
7)  Dasar Penswastaan.
8) Dasar Pertanian Negara.

Ø  Dasar-Dasar yang Telah Dilaksanakan.


  • Pertama - Dasar Pendidikan Negara.

9)    Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956.
10) Disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib.

Ø  Strategi Pelaksanaan :

11)  Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama.
12)  Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.
13)  Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun.


  • Kedua - Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

14)  Dilancarkan pada 1971.
15)  Menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujudkan dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.
16)  Dasar kebudayaan kebangsaan berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip iaitu kebudayaan rakyat asal rantau, penerimaan unsur-unsur kebudayaan lain dan Islam menjadi unsur utama dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.


  • Ketiga - Rukun Negara.

17)Secara rasminya diisytiharkan sebagai ideologi negara pada 31 Ogos 1971.
18) Rentetan daripada peristiwa 13 Mei 1969.

Ø  Prinsip-Prinsip Rukun Negara :

19)  Kepercayaan Kepada Tuhan.
20)  Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.
21)  Keluhuran Perlembagaan.
22)  Kedaulatan Undang-Undang.
23) Kesopanan dan Kesusilaan.


  • Keempat - Dasar Ekonomi Baru.

24)  Dilaksanakan bagi tempoh 1971 - 1990 yang merupakan satu rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara dalam konteks masyarakat pelbagai kaum.
25)  DEB dicetuskan akibat daripada peristiwa 13 Mei 1969.


  • Serampang Dua Mata DEB.

26)  Merapatkan jurang dan membasmi kemiskinan.
27)  Menyusun semula masyarakat.


  • Kelima - Dasar Pandang Ke Timur.

28)  Diperkenalkan oleh kerajaan pada 8 Februari 1982.
29)  Dilaksanakan agar dapat menerapkan nlai-nilai dan amalan kerja yang positif dari negara Jepun dan Korea Selatan yang telah diubahsuai sejajar dengan keperluan negara.


  • Keenam - Dasar Pertanian Negara.

30)  Digubal berdasarkan rasional bahawa sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi negara semakin menurun.

Ø  Objektifnya ialah memaksimumkan pendapatan sektor pertanian.


  • Ketujuh - Dasar Penswastaan.
 
31) Konsep penswastaan bermaksud pemindahan kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.
32)  Ia melibatkan perpindahan kuasa kawalan, kepentingan dan pelaburan kerajaan tertumpu kepada sektor swasta.
33)  Tujuan utama dasar ini adalah untuk mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan.


  • Kelapan - Dasar Penerapan Nilan-Nilai Islam.


34)  Bermatlamatkan untuk membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain, menghapuskan sikap negatif dalam menjalankan tugas dan untuk menghasilkan perkhidmatan yang bermutu